Ninja Van Malaysia perkukuh automasi hab - Utusan Malaysia

Ninja Van Malaysia perkukuh automasi hab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ninja Van Malaysia, sebuah syarikat logistik berdaya teknologi, sedang mempercepatkan automasi dan menaiktaraf beberapa operasi lain sempena kempen ulang tahunnya yang ke-8. 

Usaha itu selaras dengan komitmennya untuk menyediakan proses penghantaran barangan yang serba mudah untuk para pengirim dan pembeli di Malaysia.

Dengan sistem automasi bersepadu yang terbaru, proses penyusunan bungkusan kini ditambah baik dengan fungsi penimbang berat, pengesan saiz dan ia disasarkan mampu mengimbas sehingga 30,000 bungkusan sejam. 

Sistem ini juga menyediakan data bungkusan masa nyata yang tepat, meningkatkan kecekapan penyusunan dan penjejakan bungkusan. 

Hasilnya, keupayaan pemprosesan bungkusan harian dijangka akan meningkat hampir 35 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif di Ninja Van Malaysia, Adzim Halim berkata, sejak beberapa tahun yang lepas, kami melihat bahawa e-dagang merupakan trend makro yang akan kekal. 

“Oleh itu, kami akan terus memberi tumpuan ke arah memacu kecekapan operasi yang lebih besar dan membina infrastruktur untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dalam sektor logistik buat pelanggan kami. 

“Dengan mengautomasikan cara bungkusan-bungkusan diproses, kami dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih pantas dan selamat untuk para pengirim dan pembeli yang maju bersama kami sejak lapan tahun lalu. 

“Kami percaya bahawa penambahbaikan ini juga selari dengan dedikasi negara dalam mengklasifikasikan logistik sebagai industri yang signifikan,” katanya dalam kenyataan. 

Sejak tahun 2015, Ninja Van Malaysia merupakan salah satu pembekal logistik, merekodkan perkhidmatan penghantaran barangan kepada lebih 14 juta penerima bungkusan dalam tempoh 12 bulan yang lalu. 

Syarikat tersebut juga menyediakan liputan 100 peratus di seluruh negara dan hampir 5,700 lokasi Pick Up & Drop Off (PUDO) untuk menjamin pengalaman penghantaran yang lebih cepat dan lancar kepada pengirim dan pembeli. 

Pada Januari 2022, Ninja Van Malaysia juga mengumumkan pelancaran habnya seluas 260,000 kaki persegi di Shah Alam, hab terbesar mereka setakat ini.

Saban tahun, Ninja Van Malaysia telah memperkenalkan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk membantu pengguna memperkembangkan perniagaan mereka. 

Salah satu produk terbaru adalah Ninja Biz, aplikasi yang direka khusus untuk membolehkan pengirim mengakses akaun dan penghantaran mereka pada bila-bila masa. 

Menjelang ulang tahunnya yang ke-8, Ninja Van Malaysia juga telah mengeluarkan kajian kertas putih pertamanya mengenai Jualan Penstriman Langsung di Asia Tenggara. 

Kertas putih itu memperkenalkan Jualan Penstriman Langsung sebagai salah satu trend e-dagang di Asia Tenggara yang akan datang, dan ia turut memperincikan pandangan tentang Jualan Penstriman Langsung yang dikumpul daripada lebih 1,000 penjual e-dagang Ninja Van di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya