Kobis Bunga Bakery sasar buka 15 cawangan - Utusan Malaysia

Kobis Bunga Bakery sasar buka 15 cawangan

Norul Syafinas (dua dari kiri) melayan pelanggan yang datang ke kedai Kobis Bunga Bakery di Parit Buntar.- UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIT BUNTAR: Hanya bermodalkan RM1,000 kira-kira sembilan tahun lalu, seorang graduan lepasan Ijazah Universiti Malaysia Sabah membuat dan menjual pelbagai jenis kek dari rumah sehingga kini berjaya memiliki sebuah kilang Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi menghasilkan produknya sendiri.

Pemilik syarikat Kobis Bunga Bakery, Norul Syafinas Abu Bakar, 37, berkata, dia mendapat inspirasi untuk menjual kek selepas tamat pengajiannya.

Menurutnya, dia mula membuat kek dan menjualnya di tapak ekspo dan bazar Ramadan di kawasan Parit Buntar sebelum mendapat tawaran untuk menyewa sebuah lot kedai di bangunan Arked Mara bagi mengembangkan lagi perniagaan.

“Ketika mengharungi pandemik Covid-19 yang bermula pada bulan Mac tahun 2020, syarikat Kobis Bunga mula mendapat lonjakan penjualan produk.

“Saya amat bersyukur ketika peniaga dan pengusaha produk -produk lain terpaksa mengharungi kepahitan saat pandemik, namun produk kek serta pelbagai kuih yang kami hasilkan mendapat lonjakan penjualan.

“Daripada sebuah kedai yang kecil, syarikat Kobis Bunga mula mengorak langkah dengan membuka sebuah cawangan di Taiping dan juga sebuah kilang PKS bagi menghasilkan produk kek yang dikeluarkan,” katanya.

Norul Syafinas menunjukkan kek kartun yang digemari oleh pelanggan kanak -kanak.- UTUSAN/WAT KAMAL ABAS

Menurutnya, syarikat itu menghasilkan 17 perisa kek dan kek coklat oreo merupakan antara yang paling terlaris.

Ujarnya, lain-lain kek antaranya kek coklat, keju, kartun, buah,-buahan, vanila bluberi, strawberi dan sebagainya namun yang paling laris dalam jualan ialah kek coklat oreo.

“Kami menghasilkan sebanyak 4,500 biji kek sebulan dengan pengeluaran produk sebanyak 150 biji kek sehari,” katanya.

Menurutnya, pemasaran produk dilakukan melalui dua kaedah iaitu melalui platform media sosial seperti Facebook,Instagram dan Tik Tok manakala kaedah kedua pula ialah dengan mempromosikannya melalui pengedaran kertas iklan di lapangan.

“Selain daripada jualan di kedai, produk Kobis Bunga juga turut mempunyai seramai 500 orang ejen disekitar Daerah Kerian, Larut Matang Selama dan Nibong Tebal di Pulau Pinang.

“Kami juga mempunyai impian yang besar dalam memajukan Kobis Bunga Bakery untuk membuka cawangan di seluruh negara namun visi yang terdekat ini kita bercadang untuk mencapai matlamat dengan membuka 15 cawangan lagi menjelang 2025, ” katanya.

Mohd. Adri Adha Mohd

Norul Syafinas dibantu oleh suaminya, Mohd. Adri Adha Mohd, 36, yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dalam memastikan perniagaan mereka kian berkembang dalam pemasarannya.

Menurut Mohd. Adri, walaupun tumpuan mengembangkan perniagaan merupakan agenda utama, namun tanggungjawab sosial perusahaan (CSR) terhadap masyarakat setempat juga turut diutamakan.

“Dalam kita berniaga untuk meraih keuntungan sebagai satu sumber pendapatan, syarikat kami juga turut menunaikan tanggungjawab sosial  dengan mengadakan pelbagai program dalam membantu masyarakat.

“Antaranya menyampaikan sumbangan 1,000 papan telur, 1,000 kampit beras, agihan 300 kilogram ikan segar percuma dan lain-lain kepada masyarakat setempat sejak pandemik melanda,” katanya.

Jelas beliau, syarikat Kobis Bunga Bakery kini juga telah menerima tempahan sebanyak 15,000 balang pelbagai jenis kuih raya untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

“Sebanyak lapan jenis produk biskut raya dihasilkan iaitu tat nenas, ombak rindu, oreo milky, samperit klasik, semperit papan, red velvet, pandan gula Melaka, mazzola kacang pea dan suji Brunei,” katanya.

Orang ramai yang ingin menambahkan hasil pendapatan mereka dan ingin menjadi ejen atau ingin membuat tempahan kuih raya boleh menghubungi nombor talian 019-337145 atau 019-5447145 atau boleh terus ke media sosial di Facebook, Instagram dan Tik Tok di Kobis Bunga Bakery. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya