Kerjaya Prospek peroleh kontrak RM398 juta - Utusan Malaysia

Kerjaya Prospek peroleh kontrak RM398 juta

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerjaya Prospek Group Bhd. (KPGB) mengumumkan anak syarikat milik penuhnya, Future Rock Sdn. Bhd. (FRSB) berjaya memperoleh kontrak bernilai RM398 juta daripada Tanjung Pinang Development Sdn. Bhd. (TPD).

KPGB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata, kontrak berkenaan melibatkan pembinaan struktur perlindungan pantai fasa 2B dan 2C bagi penambakan pembangunan Seri Tanjung Pinang di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

“Ahli Lembaga KPGB bersama-sama anak syarikatnya ingin mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuh kami FRSB pada 7 Februari 2023 telah menerima surat anugerah daripada TPD.

“Ia untuk pelaksanaan dan penyiapan  struktur perlindungan pantai fasa 2B dan 2C bagi penambakan pembangunan Seri Tanjung Pinang dengan jumlah kontrak sebanyak RM398 juta,” katanya.

Menurut KPGB,  kontrak tersebut bermula pada 10 April 2023 dan dijadual untuk siap dalam tempoh 36 bulan.

“Penerimaan Kontrak adalah dalam urusan perniagaan biasa FRSB dan dilaksanakan secara berpanjangan, berdasarkan terma komersial biasa yang tidak lebih menguntungkan daripada syarat umum yang tersedia untuk umum.

“Di samping itu, Kontrak ini dijangka memberi pendapatan tambahan untuk Kumpulan dalam tempoh tiga tahun akan datang,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya