SEOUL: Permintaan dalam industri cip ingatan (memory chip) sedang mengalami kemerosotan bersejarah, dengan kejatuhan terburuk dalam dua tempoh enam bulan pada akhir tahun lalu. Menurut laporan Bloomberg, data daripada TrendForce menunjukkan, harga purata untuk DRAM, ingatan (memory) yang digunakan untuk menghidupkan telefon dan komputer peribadi (PC), menjunam sebanyak 34.4 peratus pada suku keempat, selepas jatuh 31.4 peratus pada suku sebelumnya. Storan ingatan (NAND), yang merupakan produk utama dijual kepada pusat data dan pelanggan perusahaan, bagaimanapun mengalami kejatuhan lebih kecil, namun prestasi terburuk sejak 2006. Kebanyakan pembuat cip ingatan mengurangkan pengeluaran…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya