GST beri manfaat kepada B40, M40 - Utusan Malaysia

GST beri manfaat kepada B40, M40

PENGENALAN semula GST boleh bantu tingkatkan pendapatan kerajaan seterusnya menyalurkan lebih bantuan kepada golongan rentan. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengenalan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) boleh memberi sumbangan pendapatan tambahan antara RM20 bilion hingga RM30 bilion kepada kerajaan seterusnya boleh dimanfaatkan untuk menaik taraf kehidupan B40 dan membantu menyokong M40.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Profesor Ekonomi Sunway University, Dr. Yeah Kim Leng berkata, pendapatan tambahan tersebut semestinya dapat memberi kesan positif kepada golongan terbabit yang kini berdepan dengan masalah seperti kos sara hidup yang tinggi.

Ujarnya, kerajaan perlu meneliti masa yang sesuai untuk memperkenalkan semula cukai tersebut yang dapat memberikan pendapatan yang lebih mampan kepada negara.

“Pada pendapat saya, untuk 2023 kerajaan perlu memberi tumpuan untuk mengukuhkan fiskal kewangan negara serta meningkatkan kecekapan dalam pelaksanaan subsidi bersasar.

“Tahun 2024 pula adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan semula GST, sama ada cukai tersebut diperkenalkan pada empat atau enam peratus. Namun, yang lebih penting kerajaan harus mengekalkan kadar tersebut sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun.

“Walau bagaimanapun, semua ini juga akan bergantung kepada keadaan politik dalam negara dan Pilihan Raya Umum (PRU) yang menjadikan pengenalan GST kurang popular,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Fuad Mohamed Berawi berkata, GST wajar diperkenalkan semula kerana sistem pencukaian ini mampu mengurangkan ketirisan dalam pengutipan cukai perniagaan. 

“Walaupun pelaksanaannya akan menyebabkan kenaikan harga barangan tetapi sistem kutipan yang dapat direkodkan adalah terperinci dan tersusun. 

“Cukai yang dikutip dapat digunakan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara di samping dapat dikembalikan kepada rakyat terbanyak dalam bentuk subsidi,” ujarnya.

Tambahnya, subsidi sememangnya perlu untuk golongan B40, luar bandar dan golongan terpinggir namun dia perlukan kajian lebih mendalam untuk untuk mencari mekanisme agihan yang lebih cekap dan sampai ke sasaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya