Cadangan IPO Petronas perlu diteliti secara terperinci - Rafizi - Utusan Malaysia

Cadangan IPO Petronas perlu diteliti secara terperinci – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan perlu membuat penelitian rapi jika mahu menyenaraikan tawaran awam permulaan (IPO) Petronas kerana ia tertakluk dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, kerajaan perlu melihat keperluan untuk itu (IPO) secara terperinci memandangkan Petronas adalah pemegang amanah (custodian) kepada sumber hidrokarbon negara.

Beliau berkata, akta itu sebenarnya melindungai perkara-perkara khusus seperti fungsi Petronas dalam menjaga, mentadbir dan mengawal selia sumber hidrokarbon dalam negara ini.

“Jadi, kita perlu melihat sama ada terdapat keperluan untuk itu dan ia perlu diteliti sebaik mungkin. Jika ada keperluan (untuk menyenaraikan), ia perlu tidak membabitkan perkara yang termaktub dalam PDA 1974,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, sebelum ini, Petronas hanya menyenaraikan perniagaannya membabitkan perniagaan yang tidak menyentuh bidang kuasa serta bidang tugas khusus yang ada dalam PDA 1974.

Rafizi berkata, Petronas mempunyai kedudukan yang unik dan langkah menyenaraikannya adalah sama seperti menswastakan Jabatan Perhutanan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen yang menyarankan kerajaan mengkaji kemungkinan menyenaraikan Petronas sebagai satu cara mengumpul wang bagi membantu mengurangkan hutang negara.

Jelas Wong Chen lagi, penyenaraian Petronas itu akan memberikan suntikan tunai yang besar bagi mengurangkan hutang negara, menyediakan lebih ketelusan kewangan dan tadbir urus yang lebih baik kepada syarikat minyak dan gas negara, sekali gus meningkatkan hasil fiskal keseluruhan bagi kerajaan.

Katanya, cadangan itu dilihat langkah bijak sebagaimana dilakukan Arab Saudi melalui penyenaraian Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) pada 2019. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya