PETALING JAYA: Agrobank menyediakan peruntukan pembiayaan sehingga RM12 juta kepada 40 petani kontrak daripada kumpulan B40 untuk dibimbing dan dibantu menjadi usahawan nanas berjaya dalam tempoh empat hingga lima tahun. Ia dilaksanakan menerusi Program Agro Komuniti B40 Usahawan Peladang Kontrak Tanaman Nanas MD2. Program ini dianjurkan dengan usahasama strategik antara syarikat Aqina Borneo Sdn. Bhd. dan Koperasi Pembangunan Desa dengan Agrobank menawarkan pembiayaan sehingga RM280,000 seorang untuk mengusahakan tanaman nanas di tanah seluas lima ekar untuk tempoh 54 bulan. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya