TGV, SHARP sediakan hiburan rumah dan pengalaman sinematik terbaik - Utusan Malaysia

TGV, SHARP sediakan hiburan rumah dan pengalaman sinematik terbaik

PENGURUS Besar SHARP Electronics Malaysia, Jacky Heng (paling kiri), Ting Yang Chung, Tan Lay Han dan Ketua Pegawai Pemasaran TGV Cinemas, Mohit Bhargava memperkenalkan TV SHARP AQUOS XLED terbaru dalam majlis MoU, di TGV Cinemas Sunway Velocity, Kuala Lumpur, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat pawagam terulung di Malaysia, TGV Cinemas Sdn. Bhd. (TGV) dan  penyedia penyelesaian elektronik dan peralatan rumah terkemuka, Sharp Electronics (Malaysia) Sdn. Bhd. (SHARP) bekerjasama mencipta semula pengalaman hiburan yang dinaik taraf sepenuhnya di semua TGV Cinemas di seluruh negara.

Kerjasama unik tersebut membawa bentuk hiburan yang tiada tandingan dari rumah ke skrin besar sekali gus memberi pelanggan pengalaman menonton filem yang dipertingkatkan di semua pawagam TGV.

Ketua Pegawai Eksekutif TGV Cinemas, Tan Lay Han berkata, pihaknya sentiasa mengutamakan pelanggan dan berusaha meningkatkan standard untuk memberi lebih keselesaan kepada semua pelanggan.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan SHARP yang berkongsi nilai yang sama seperti kami dalam memberikan pengalaman pelanggan terbaik dan menyediakan hiburan premium, tidak kira di dalam dan di luar rumah,” katanya dalam kenyataan.

Memorandum Persefahaman di antara kedua-dua syarikat itu ditandatangani oleh Lay Han mewakili TGV Cinemas, manakala SHARP diwakili oleh Pengarah Urusannya, Ting Yang Chung.

Sementara itu, Yang Chung berkata, sebagai jenama yang prihatin dan sentiasa mempelbagaikan perkhidmatan untuk pengalaman yang lebih baik, pihaknya berharap dapat mewujudkan persekitaran di pawagam yang terasa seperti di rumah sendiri untuk semua.

“Kami yakin ini dapat dicapai dengan produk SHARP di samping keselesaan yang disediakan oleh TGV. 

“Apabila kami mengembangkan dan membina hubungan yang lebih kukuh dengan pelanggan kami, kerjasama ini akan dapat memberikan rakyat Malaysia pengalaman hiburan yang tiada tandingan,” ujarnya.

Sebagai sebahagian daripada perkongsian ini, TGV akan melancarkan barisan produk eksklusif SHARP di e-kedai mereka, di mana pelanggan berhak mendapat tiket filem percuma atas pembelian produk SHARP. 

Ahli TGV Movie Club berpeluang untuk membawa pulang televisyen SHARP AQUOS 60 inci  dengan pembelian minimum empat tiket wayang. 

Sementara itu, SHARP akan memberikan sehingga 5,000 keping tiket wayang percuma selama setahun kepada individu yang mendaftar untuk keahlian Cocoro Life, menubuhkan kedai gaya hidup di TGV Central I-City dan memperkayakan pengalaman foyer pawagam dengan TV LED SHARP dan pelbagai aktiviti. 

SHARP juga akan memasang pembersih udara di kawasan foyer TGV Cinemas untuk memastikan pelanggan dapat menikmati udara bersih dengan selesa seperti di rumah mereka, serta menganjurkan Tayangan Filem Eksklusif dengan Hadiah Percuma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya