PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) telah mengarahkan semua syarikat penerbangan mempertingkatkan pengurusan gangguan penerbangan serta-merta dan mengingatkan kewajipan mereka kepada pengguna di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC). Menurut MAVCOM, keperluan baharu itu sebagai persediaan untuk jangkaan peningkatan kapasiti penerbangan serta trafik penumpang semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina yang merupakan antara tempoh perjalanan puncak di Malaysia. Selain itu, arahan tersebut menggesa syarikat penerbangan untuk segera menyelesaikan sebarang isu yang dialami oleh penumpang berikutan isu-isu gangguan penerbangan yang telah berlaku baru-baru ini. “Walaupun syarikat penerbangan mempunyai Prosedur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya