PETALING JAYA: Syarikat pengeluar automotif nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) mencatat pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut dengan lonjakan jumlah jualan keseluruhan tertinggi sejak 2013. Proton dalam kenyataan mengumumkan peningkatan jualan sebanyak 23.3 peratus kepada 141,432 unit kenderaan di pasaran domestik dan eksport pada tahun lalu berbanding 2021. Pada Disember lalu sahaja, Proton berjaya menjual sebanyak 14,750 unit kenderaan, menjadikannya jualan bulanan keempat terbaik untuk 2022. “Jumlah jualan untuk pasaran antarabangsa pula meningkat kepada 5,406 unit, berkembang sebanyak 79.1 peratus, membolehkan Proton mengakhiri 2022 sebagai pengeksport utama industri. “Secara keseluruhan, syarikat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya