Petronas tandatangan tiga PSC

Petronas tandatangan tiga PSC

ADIF Zulkifli (tengah) dan Mohamed Firouz Adnan bersama wakil-wakil Ping Petroleum, PSEP dan Dialog Resources and Duta Marine pada majlis menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petronas menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) untuk tiga kluster Peluang Sumber Ditemui (DRO) yang dipasarkan di bawah Pusingan Bidaan Malaysia (MBR) 2022.

Menurut kenyataa Petronas, kluster A dianugerahkan kepada Ping Petroleum Sdn. Bhd. dan Petroleum Sarawak Exploration & Production Sdn. Bhd. (PSEP), manakala Dialog Resources Sdn. Bhd. dan PSEP memenangi bidaan untuk Kluster Junior Baram yang mana kedua-duanya terletak di luar pantai Sarawak.

Katanya, kluster Meranti, yang terletak di luar pesisir Semenanjung Malaysia pula telah dianugerahkan kepada Ping Petroleum yang bekerjasama dengan Duta Marine Sdn. Bhd.

Ketiga-tiga PSC telah dianugerahkan di bawah syarat Aset Medan Kecil (SFA) yang diperkenalkan pada 2020.

PSC tersebut ditandatangani oleh Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) Petronas, Mohamed Firouz Asnan dan disaksikan oleh Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Datuk Adif Zulkifli.

Mohamed Firouz berkata, pihaknya berbesar hati melihat DRO itu yang dilihat mencabar, diambil oleh pelabur berikutan pengenalan terma SFA PSC sejajar dengan amanah MPM untuk memaksimumkan nilai jangka panjang sumber minyak dan gas Malaysia.

“Kami mengalu-alukan Ping Petroleum ke industri huluan Malaysia dan berharap syarikat itu membawa kejayaannya di luar negara dalam memperoleh hasil dari aset lapangan kecil di perairan cetek kami ini.

“Tahniah juga kepada Dialog Resources atas penampilan sulungnya sebagai pengendali manakala PSEP dan Duta Marine terus mengembangkan portfolio mereka di Malaysia.

“Tiga PSC mengesahkan tarikan Malaysia sebagai pilihan utama untuk pelabur berpotensi yang mencari tenaga berfaedah kerana kami bertindak positif terhadap maklum balas mereka,” katanya.

Tambahnya, Petronas akan menandatangani PSC baharu dengan pembida yang memenangi MBR 2022 untuk peluang penerokaan dalam masa beberapa minggu akan datang.

MBR ialah pusingan pelesenan tahunan yang menawarkan pelbagai peluang huluan kepada bakal pelabur dan termasuk kawasan penerokaan, DRO dan aset penghasil lewat hayat di seluruh Malaysia.

MBR 2023 dijadual diadakan pada 15 Februari 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya