PETALING JAYA: Seramai 530 pelanggan akaun Pelaburan-i Rizq Plus Bank Rakyat memenangi cabutan bulanan wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM330,000 sejak akaun pelaburan ini diperkenalkan pada Julai 2022. Hadiah cabutan bulan yang dilaksanakan bagi menghargai sokongan dan kepercayaan pelanggan tersebut merangkumi kategori hadiah utama seramai 10 pelanggan terpilih yang menerima wang tunai RM10,000 seorang, manakala 15 pelanggan lagi membawa pulang RM5,000 seorang. Di samping itu, hadiah sagu hati berjumlah antara RM1,000 hingga RM100 turut dimenangi oleh pelanggan bertuah yang lain. Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Dr. Mohammad Hanis Osman berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya