PETALING JAYA: Netflix dilaporkan sanggup membayar sehingga AS$385,000 (RM1.67 juta) bagi mendapatkan calon sesuai untuk ‘kru impian’ baharunya, lapor CNBC. Menurut CNBC, gergasi penstriman itu mencari pramugari utama untuk salah satu jet peribadi bersaiz super sederhana yang berpangkalan di San Jose, California berhampiran ibu pejabat syarikat itu di Los Gatos. “Sebagai tambahan kepada tanggungjawab biasa seperti melakukan pemeriksaan kabin sebelum penerbangan dan menjalankan taklimat keselamatan, kru baharu ITU akan bertanggungjawab untuk menyelenggara bilik stok,” menurut skop kerja, lapor berita berkenaan. Selain itu, kru terbabit juga akan dikehendaki terbang bersama jet…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya