PETALING JAYA: Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menjangkakan potensi pelaburan langsung asing (FDI) bernilai kira-kira RM3.25 bilion daripada pelabur Itali yang dijangka direalisasikan bermula pada tahun ini. Menurut kenyataan MIDA, baru-baru ini, pihaknya memaklumkan peluang perniagaan masa depan Malaysia-Itali dan kerjasama strategik khususnya dalam bidang seperti industri kimia, teknologi hijau, e-Ekonomi, teknologi pintar dan rantaian nilai Revolusi Industri Keempat (IR4.0). Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) berkata, selaras dengan komitmen kerajaan untuk menjadi pro-perniagaan, pro-pelaburan dan pro-perdagangan, kementerian dan agensinya bersedia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya