SINGAPURA: Harga minyak merosot pada Isnin didorong oleh pengukuhan dolar dan ‘amaran’ Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengenai pertumbuhan ekonomi global yang sukar pada 2023. Niaga hadapan minyak mentah Brent turun 98 sen, atau 1.1 peratus, kepada AS$84.93 (RM372.84) setong, manakala West Texas Intermediate (WTI) AS berada pada AS$79.49 (RM348.96) setong, turun 77 sen atau 1.0 peratus selepas pengukuhan dolar. Harga minyak ditutup 2.0 peratus lebih tinggi pada Jumaat dengan Brent dan WTI menutup tirai 2022 apabila masing-masing naik 10.5 peratus dan 6.7 peratus. Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva berkata, Amerika…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya