Lebihan kapasiti sarung tangan getah kekal hingga 2024 - Utusan Malaysia

Lebihan kapasiti sarung tangan getah kekal hingga 2024

getah
GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebihan kapasiti sarung tangan getah akan berterusan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun akan datang, menurut Kenanga Research.

Berdasarkan anggarannya, situasi permintaan dan bekalan hanya menuju keseimbangan pada 2025 apabila hampir tiada lagi kapasiti baharu, manakala permintaan global untuk sarung tangan terus meningkat sebanyak 15 peratus setahun disokong oleh peningkatan kesedaran kebersihan.

Justeru, firma penyelidikan itu kurang optimistik mengenai prospek pertumbuhan industri sarung tangan getah tahun ini.

“Kami mengunjurkan permintaan untuk sarung tangan meningkat sebanyak 15 peratus pada 2023, yang konsisten dengan ramalan Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

“Namun, ini tidak banyak membantu untuk mengurangkan lebihan kapasiti kerana kapasiti pengeluaran sarung tangan global akan berkembang sebanyak 16 peratus kepada 595 bilion keping pada tahun ini,

“Ia berikutan lebih banyak kapasiti yang dirancang oleh penyandang dan pemain baharu semasa pandemik.

“Ini akan mengakibatkan lebihan kapasiti meningkat sebanyak 22 peratus kepada 137 bilion keping daripada 112 bilion keping pada 2022,” katanya dalam kemas kini sektor tersebut.

Kenanga Research telah mengulangi pendirian ‘underweight’ untuk sektor itu kerana kelebihan kapasiti yang diperluas bermakna harga rendah.

Memburukkan lagi keadaan adalah keengganan pelanggan untuk memberi komitmen kepada pesanan yang besar agar harga sarung tangan diturunkan.

Terdahulu, MARGMA mengunjurkan pertumbuhan 12 hingga 15 peratus dalam permintaan global untuk sarung tangan getah setiap tahun dari 2023, berikutan anggaran penguncupan 19 peratus kepada 399 bilion helai pada 2022.

Persatuan itu percaya keseimbangan bekalan-permintaan mungkin kembali dalam tempoh enam hingga sembilan bulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya