PETALING JAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi memperkasa pembangunan rel negara dalam bidang kejuruteraan, sistem, pengurusan rantaian bekalan pengangkutan dan lain-lain. Dalam kenyataan bersama, UTAR dan KTMB berkata, kerjasama itu akan memberikan hasil khusus untuk kedua-dua pihak seperti kerjasama akademik termasuk pembangunan kursus dan kurikulum dengan Pusat Kecemerlangan Akademi KTM (MyRA), penerbitan untuk penyelidikan berkaitan kereta api, pertukaran profesional dalam seminar akademik, latihan, pembelajaran dan perundingan. Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata:…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya