PETALING JAYA: Gentari Sdn. Bhd. (Gentari) bersama pembekal infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) berpangkalan di Bangkok, Evolt Technology Company Limited (Evolt) menjalin usahasama strategik bagi meneroka kerjasama dalam menawarkan penyelesaian tenaga bersih. Penyedia penyelesaian tenaga bersih Malaysia itu, menerusi anak syarikat milik penuhnya, Gentari Green Mobility Sdn. Bhd. telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Evolt. Gentari dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua syarikat akan bekerjasama untuk mengembangkan infrastruktur dan penyelesaian pengecasan EV di seluruh Asia Tenggara. Tambahnya, kerjasama tersebut juga membolehkan Gentari dan Evolt menerokai potensi usahasama lain dalam bidang tenaga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya