Adabi sasar jualanRM500 juta pada 2023

Adabi sasar jualan RM500 juta pada 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAWANG: Syarikat pengeluar makanan terkemuka, Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) menyasarkan jualan kira-kira RM500 juta untuk keseluruhan produknya pada tahun ini sempena pembukaan kilang baharu di Lot 18 dekat Rawang, Selangor.

Ketua Pegawai Kewangan dan Strategi Kumpulan, Syed Izmal Syed Manshor berkata, sasaran jualan itu adalah kenaikan sebanyak 10 atau 15 peratus daripada jualan pada 2022.

Kata beliau, bagi mencapai sasaran itu, syarikat akan meningkatkan saluran pengedaran di Malaysia, melancarkan lebih banyak produk baharu serta memperluaskan eksport untuk makanan manusia dan makanan kucing (Powercat).

“Setakat ini, kami sudah eksport produk kami ke Indonesia, Singapura dan Brunei. Kami juga sedang merancang untuk membawa Adabi ke peringkat serantau.

“Kami sedang melihat peluang di Filipina dan Vietnam. Untuk pelan jangka panjang, kami mahu meluaskan produk ke peringkat global seperti ke Eropah dan Afrika.

“Bagi produk baharu pula, tahun ini kami ada kira-kira lima hingga lapan produk yang sudah sedia untuk dilancarkan. Ia merangkumi produk makanan dalam tin, rempah dan tepung,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di sini, kelmarin.

SYED IZMAL SYED MANSHOR

Mengulas cabaran yang dihadapi Kumpulan, Syed Izmal berkata, dari segi dalaman, cabaran terbesar pihaknya adalah untuk mengekalkan harga barangan untuk pengguna.

Jelasnya, kenaikan harga bahan mentah sangat ketara pada tahun lepas dan tahun ini, jadi cabaran syarikat adalah untuk mengeluarkan barang terbaik dengan kos yang terbaik.

Tambah Syed Izmal, cabaran dari segi luaran pula ialah untuk membawa produk Adabi ke peringkat global.

“Kalau di Malaysia, ramai yang sudah tahu tentang jenama Adabi kerana ia memenuhi citarasa orang ramai. Tetapi bagaimana cara untuk kami membuat produk yang boleh diterima oleh penduduk di negara luar?

“Cabaran seterusnya ialah untuk terus berinovasi dan mengeluarkan produk-produk yang luar biasa untuk penduduk tempatan. Kami perlu sentiasa memikirkan apakah produk-produk unik yang boleh dikeluarkan untuk menarik perhatian pengguna,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya