PETALING JAYA: Jenama fesyen terkenal yang dipelopori dua sahabat baik, Rizman Ruzaini (RR) pernah bergelut dengan masalah perniagaan semasa serangan pandemik Covid-19, dua tahun lalu. Tidak mudah berputus asa dan memikirkan solusi, Rizman berkata, RR berjaya mengekalkan 30 pekerja dengan mengembangkan bisnes melalui penjualan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka. Selain mengekalkan pekerja sedia ada, RR turut menambah bilangan staf sebanyak 80 orang. “Sebelum ini, kami menjalankan perniagaan menjual baju pengantin dan sangat terjejas apabila majlis perkahwinan tidak dapat dianjurkan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Sejak itu, kami meneroka perniagaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya