PETALING JAYA: Ringgit terus mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila ditutup lebih tinggi dalam tempoh tiga hari berturut-turut pada 4.3955/4.3850 berbanding 4.4100/4.4200 kelmarin. Bagaimanapun, Bursa Malaysia gagal mengekalkan keuntungannya sejak dua hari lepas apabila FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 9.71 mata kepada 1,481.80 pada penutup pukul 5 petang. Prestasi ringgit dan Bursa Malaysia itu turut dikaitkan dengan pengumuman barisan Kabinet baharu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan situasi global khususnya di Amerika Syarikat. Menurut penganalisis ekonomi, pengeluaran indeks harga teras perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya