PETALING JAYA: Raya Airways Sdn. Bhd. (Raya Airways) yang bersedia untuk berkembang di rantau Asia Pasifik, menambah pesawat kargo Boeing 767-200 daripada syarikat pemajak berpangkalan di Amerika Syarikat, Air Transport Services Group Inc. (ATSG). Pesawat yang baru dipajakkan itu akan menawarkan lebih daripada 40 tan kargo kapasiti muatan tambahan kepada Raya Airways bagi setiap penerbangan, sekali gus membolehkannya mengembangkan portfolio pelanggan, jejak rangkaian dan kapasiti kargo. Pengarah Urusan Kumpulan Raya Airways, Mohamad Najib Ishak berkata, ramalan pasaran global Boeing terkini mengira bahawa pesawat kargo dunia akan memerlukan 2,800 pengeluaran tambahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya