MYAirline perkenal tiga laluan baharu ke Pulau Pinang, Kota Bharu dan Sibu - Utusan Malaysia

MYAirline perkenal tiga laluan baharu ke Pulau Pinang, Kota Bharu dan Sibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline), syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) baharu melancarkan laluan baharu dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan; Pulau Pinang dan Sibu, Sarawak dengan tawaran tiket serendah RM49 dan RM89.

Tambang yang bernilai serendah RM49 adalah bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan Pulau Pinang, manakala ke Sibu bermula RM89.

Menurut MYAirline, syarikat penerbangan itu telah bersedia untuk mengendalikan penerbangan dua kali sehari ke Kota Bharu mulai 10 Disember 2022, penerbangan sekali sehari ke Pulau Pinang dari 23 Disember 2022, dan penerbangan dua kali sehari ke Sibu mulai 18 Januari 2023.

“Kami juga akan meningkatkan kekerapan penerbangannya kepada dua kali sehari ke Pulau Pinang dan tiga kali sehari ke Kota Kinabalu mulai 7 Januari 2023 dan seterusnya untuk memberikan lebih fleksibiliti kepada pelancong. MYAirline akan mengendalikan laluan ini dengan tiga daripada jet Airbus A320-200,” katanya.

Tiket boleh didapati di www.myairline.my untuk tempahan bermula 5 hingga 11 Disember 2022 bagi tempoh kempen dari 10 Disember 2022 hingga 25 Mac 2023.

Semua pesawat akan terbang dari hab klia2.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MYAirline, Rayner Teo berkata, syarikat itu akan terus menambah destinasi baharu sambil mengembangkan rangkaian laluan domestik.

“Pilihan baharu lain untuk pelancong termasuk Pulau Pinang dan Sibu, destinasi kedua kami di Sarawak.

“Maklum balas mengenai perkhidmatan peneraju kelas kami adalah positif. Dengan lebih banyak laluan domestik, kami meneruskan misi untuk membawa lebih banyak pilihan yang berdaya maju untuk pengembara kami,” katanya.

Rangkaian laluan semasa MYAirline terdiri daripada tiga destinasi dalam Malaysia, dengan penerbangan ke Kuching, Kota Kinabalu dan Langkawi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya