MRT Laluan Putrajaya fasa kedua siap, dijangka beroperasi Mac 2023 - Utusan Malaysia

MRT Laluan Putrajaya fasa kedua siap, dijangka beroperasi Mac 2023

LALUAN sepanjang 38.7 kilometer (km) bagi jajaran fasa dua yang terdiri daripada 15 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah itu dijangka beroperasi pada Mac 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) telah menyiapkan kerja-kerja pembinaan MRT Laluan Putrajaya fasa kedua dari Stesen MRT Kampung Batu ke Stesen MRT Putrajaya Sentral dan kini dalam fasa kesediaan untuk beroperasi.

Menurut kenyataan, laluan sepanjang 38.7 kilometer (km) bagi jajaran fasa dua yang terdiri daripada 15 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah itu dijangka beroperasi pada Mac 2023.

Ujarnya, awal tahun ini, jajaran fasa satu Laluan Putrajaya sepanjang 17.5km yang merangkumi 11 stesen bertingkat dari Kwasa Damansara ke Kampung Batu mula beroperasi pada 16 Jun 2022.

“Sebanyak 36 stesen akan melalui Laluan Putrajaya sepanjang 56.2km apabila mula beroperasi sepenuhnya.

“Penumpang dapat menukar ke laluan rel sedia ada lain di 10 stesen pertukaran yang berbeza, sekali gus memberikan kemudahan dan pemindahan lancar ke destinasi pilihan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, stesen pertukaran adalah Kwasa Damansara iaitu (dengan laluan MRT Kajang) Sungai Buloh (KTM) Sri Damansara Timur (KTM), Kampung Batu (KTM), Titiwangsa (laluan LRT Ampang dan Sri Petaling, KL Monorail) dan Ampang Park (laluan LRT Kelana Jaya).

Turut mempunyai stesen pertukaran adalah Tun Razak Exchange (laluan MRT Kajang), Chan Sow Lin (laluan LRT Ampang dan Sri Petaling), Sungai Besi (laluan LRT Sri Petaling) dan Putrajaya Sentral (ERL andKLIA Transit Lines). 

MRT Corp berkata, jajaran laluan Putrajaya akan dikendalikan oleh 49 set kereta api dan setiap set tren terdiri daripada empat buah kereta dengan kapasiti maksimum 1,200 penumpang.

“Kereta api adalah automatik sepenuhnya dan tanpa pemandu. Penumpang yang menaiki MRT boleh mendapat manfaat daripada 5,870 tempat letak kereta yang terdapat di 15 stesen di sepanjang jajaran.

“Semasa fasa kesediaan operasi ini, Rapid Rail Sdn. Bhd. selaku pengendali laluan Putrajaya sedang menjalankan operasi percubaan akhir bersama-sama Kontraktor Turnkey, MMC Gamuda KVMRT (PDP SSP) Sdn Bhd.

“Operasi percubaan akhir adalah penting untuk memastikan semua sistem dan prosedur berfungsi dengan berkesan terutamanya penyepaduan sistem, operasi dan kesediaan pengendali,” ujarnya.

Tambah MRT Corp, ujian dan pentauliahan yang termasuk ujian Larian Tanpa Kerosakan (FFR) 4000 km telah berjaya diselesaikan.

Tarikh tepat untuk memulakan operasi Fasa Dua akan diumumkan sebaik sahaja proses kelulusan telah dimuktamadkan dengan pihak berkuasa yang berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya