MR D.I.Y. lancar kempen ‘Wang Nilai’ sempena Tahun Baharu Cina - Utusan Malaysia

MR D.I.Y. lancar kempen ‘Wang Nilai’ sempena Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peruncit tempatan, Kumpulan MR D.I.Y. [M] Berhad melancarkan kempen Tahun Baharu Cina 2023 bertemakan ‘Wang Nilai’ untuk membantu rakyat Malaysia menambah lebih ‘Nilai’ kepada ‘Wang’ mereka apabila membeli-belah semasa musim perayaan ini.

Bermula 26 Disember 2022 hingga 21 Januari 2023, MR D.I.Y akan menawarkan lebih 100 produk-produk bertemakan Tahun Baharu Cina pada harga terendah termasuk tanglung Cina yang menjadi kemestian semasa perayaan ini. 

Dengan ketinggian kira-kira 80 sentimeter dan dijual pada harga hanya RM53 sepasang, produk ini dijangka akan laris semasa Tahun Baharu Cina kali ini.

Antara barangan keperluan perayaan lain yang turut ditawarkan adalah sampul ‘ang pow’ dan peralatan hiasan seperti tanglung dalam pelbagai saiz, pelekat dinding dan pintu, hiasan gantung, bunga yang diperbuat daripada plastik dan fabrik, serta lampu diod pemancar cahaya (LED).

Mengulas tentang inisiatif perayaan ini, Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, Tahun Baharu Cina memberi tumpuan kepada meluangkan masa bersama keluarga dengan meraikan kepelbagaian tradisi bangsa Cina. 

“Dengan memahami keutamaan ini, kami fokus dalam memastikan bekalan barangan keperluan perayaan yang secukupnya bagi membolehkan keluarga-keluarga di Malaysia mencipta suasana perayaan dan menyatukan semua ahli keluarga, di samping tawaran Always Low Prices kami yang tidak membebankan dompet mereka. 

“Melalui inisiatif ‘Wang Nilai’ ini juga, kami membolehkan jutaan pelanggan berbangsa Cina di seluruh negara mengalu-alukan kedatangan rakan-rakan mereka ke rumah dalam semangat muhibah sebenar,” katanya dalam kenyataan.

Kemeriahan ini tidak terhad di cawangan-cawangan MR D.I.Y. sahaja. Bermula 1 Januari hingga 31 Januari 2023, MR. DOLLAR dan MR. TOY juga akan turut mengadakan promosi ‘Wang Nilai MR D.I.Y.’ dan menawarkan pelbagai snek, barangan keperluan rumah dan permainan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya