Indonesia teruskan larangan eksport bauksit - Utusan Malaysia

Indonesia teruskan larangan eksport bauksit

EKONOMI Indonesia dijangka tumbuh sekitar lima peratus atau melebihi l;ima peratus pada suku keempat 2022. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia akan mengharamkan eksport bauksit, sumber bijih utama aluminium mulai Jun tahun depan untuk menggalakkan pemprosesan domestik bahan itu, menurut Presiden Joko Widodo.

Indonesia adalah antara pembekal bauksit terbesar di dunia dengan China sebagai pembeli utama.

Larangan eksport bauksit itu adalah selaras dengan undang-undang perlombongan semasa Indonesia.

Jokowi, sebagai presiden yang dikenali secara meluas, sebelum ini memberitahu forum ekonomi bahawa Indonesia akan mengumumkan larangan eksport komoditi tanpa mendedahkan jangka masa pelaksanaannya.

Undang-undang perlombongan semasa Indonesia juga menyatakan eksport mineral lain yang belum diproses seperti tembaga juga akan dihentikan. 

Awal tahun ini, Indonesia secara ringkas mengharamkan penghantaran arang batu dan minyak sawit, sekali gus mewujudkan kegawatan dan ketidaktentuan selama berminggu-minggu dalam pasaran tersebut.

Semalam, beliau berkata, kerajaan mahu megulangi kejayaan pembangunan pemprosesan nikel selepas eksport dalam bentuk mentahnya diharamkan pada 2020.

Pernah menjadi pengeksport bijih nikel terbesar di dunia, Indonesia menghentikan eksport tersebut pada Januari 2020, satu langkah yang telah menarik pelabur asing kebanyakannya dari China untuk membina peleburan di negara Asia Tenggara yang kaya dengan sumber itu.

China mengimport 17.8 juta tan bauksit dari Indonesia pada 2021 dan 17.98 juta tan dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, kira-kira 15.6 peratus daripada jumlah importnya.

Pertubuhan Perdagangan Dunia bulan lalu memutuskan untuk memihak kepada Kesatuan Eropah dalam pertikaian mengenai eksport bijih nikel yang difailkan oleh Indonesia.

Jokowi berkata, beliau pasti larangan eksport Indonesia seterusnya akan menghadapi tuntutan mahkamah, namun perkara itu tidak akan menghalangnya.

“Kerajaan mahu meluaskan larangan eksport meliputi bijih timah, bauksit, emas, tembaga dan minyak sawit,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya