PETALING JAYA: Bursa Malaysia Berhad mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai dan Zakat (PAT) sebanyak RM177.6 juta untuk tempoh kewangan sembilan bulan berakhir 30 September 2022, susut 38.8 peratus daripada RM290.3 juta yang dilaporkan dalam tempoh sama tahun sebelumnya. Penurunan dalam PAT disebabkan oleh hasil operasi yang lebih rendah sebanyak 24.6 peratus kepada RM445.2 juta daripada RM590 juta pada tempoh sama 2021, terutamanya disebabkan oleh penurunan dalam hasil dagangan sekuriti. Sementara itu, jumlah perbelanjaan operasi menyaksikan peningkatan marginal 0.7 peratus kepada RM214.7 juta pada tempoh dikaji berbanding RM213.2 juta pada tahun lalu.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya