PETALING JAYA: Pakar kejuruteraan awam Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 14.5% kepada RM30.3 juta bagi suku pertama berakhir 30 September 2022 (S1 TK2023) berbanding RM26.5 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya (S1 TK2022).
Bagi suku dikaji, kerugian sebelum cukai SCIB (“LBT”) mengecil sebanyak 65.3% kepada RM942,000 berbanding LBT sebanyak RM2.7 juta pada S1 TK2022.
Dari segi segmen, sumbangan hasil daripada pembuatan meningkat 26.8% kepada RM24.2 juta pada S1 TK2023 berbanding RM19.1 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya manakala sumbangan hasil daripada perniagaan kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (“EPCC”) turun 16.9% kepada RM6.2 juta daripada RM7.4 juta.
Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Rosland Othman berkata, Perniagaan pembuatan terus menjadi tulang belakang pada suku yang dikaji.
“Ia juga telah kembali kepada keuntungan kerana terdapat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM1.0 juta berbanding LBT sebanyak RM217,000 pada S1 TK2022 terutamanya disebabkan oleh peningkatan hasil dan margin sumbangan daripada jualan produk konkrit dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah.
“Perniagaan EPCC menyaksikan sedikit penurunan dan walaupun terdapat kerugian, keuntungan sebenarnya bertambah baik akibat perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah.” katanya.
Katanya, mereka kekal optimistik secara berhati-hati kerana kami memanfaatkan kekuatan kami sebagai pengeluar sistem konkrit dan Sistem Binaan Berindustri (IBS) pratuang terbesar di Sarawak dan Sabah untuk terus mencari peluang di Semenanjung Malaysia dan Indonesia yang memberi tumpuan kepada infrastruktur bersaiz kecil hingga sederhana untuk projek air, elektrik, jalan raya, kesihatan dan pendidikan.