PETALING JAYA: Perusahaan Otomobil Nasional Bhd. (Proton) sedang berusaha mengukuhkan keupayaan kenderaan elektrik (EV) dan merancang untuk menghasilkan EV sendiri menjelang 2027. Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Roslan Abdullah berkata, Proton telah berbincang dengan rakan kongsi yang berpotensi bagi memulakan usaha itu termasuk memahami teknik penjualan serta pemasaran kenderaan tersebut. Katanya, pelan hala tuju EV Proton telah bermula semenjak 10 tahun lalu namun pelaksanaannya terbantut disebabkan permintaan pasaran dan teknologi semasa. “Jadi, lima tahun akan datang (sehingga 2027) akan memberi kami masa yang mencukupi untuk menentukan teknologi mana yang paling mudah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya