PETALING JAYA: Petronas Petróleo Brasil Ltda. (PPBL), anak syarikat Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mengumumkan penemuan minyak pertamanya dalam telaga 4-BRSA-1386D-RJS di lapangan minyak Sépia, Brazil. Lapangan minyak itu terletak di Lembangan Santos yang prolifik, kira-kira 250 kilometer (km) dari pantai Rio de Janerio, pada kedalaman kira-kira 2,000 meter. Penemuan penting ini dibuat dalam Kawasan Sertaan Bersama Sépia yang meliputi kontrak Pemindahan Hak Sépia (ToR) oleh Petrobras yang memiliki pegangan 100 peratus manakala Kontrak Perkongsian Pengeluaran Lebihan Sepia ToR yang diberikan kepada Petrobras (30 peratus), TotalEnergies (28 peratus), QatarEnergy (21 peratus)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya