Lebih 70 usahawan terima anugerah BBEA 2022

Lebih 70 usahawan terima Anugerah BBEA 2022

NOH Omar (dua dari kanan) menyampai Anugerah Usahawan Selebriti kepada Shuib pada BBEA 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lebih 70 usahawan tempatan, perniagaan dan personaliti korporat daripada pelbagai industri menerima pengiktirafan atas inovasi dan pencapaian perniagaan mereka dalam Anugerah Bumiputera Business Excellence Award (BBEA) 2022.

Pengerusi BBEA 2022, Mahathir Mahzan berkata, anugerah tersebut bertujuan mengiktiraf syarikat-syarikat yang telah menunjukkan prestasi cemerlang di samping mendorong mereka untuk terus menambah baik produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Beliau percaya usahawan yang dicalonkan untuk anugerah BBEA itu mempunyai kelayakan dan potensi sebagai penerima.

“BBEA adalah pengiktirafan atas pencapaian cemerlang anda dan sebagai motivasi untuk menggalakkan anda terus berjaya.

“Dengan tema BBEA tahun ini, ‘Meraikan Kecemerlangan, Membudayakan Kebersamaan’ kami selaku penganjur, berharap majlis ini dapat memberi manfaat kepada usahawan seperti anda untuk terus berdaya saing,” katanya dalam ucapan pada majlis tersebut yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

BBEA 2022 turut menyaksikan penyertaan usahawan selebriti yang telah berjaya membina kerjaya mereka di luar dunia seni hiburan termasuk Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib dari BubbleBee dan Ty Arifin dari Jamu Mutyara.

Penghormatan BBEA 2022 juga diberikan kepada penyanyi-penyanyi lagenda Malaysia kerana penglibatan mereka dalam persada muzik tempatan dan antarabangsa yang telah lama menjadi inspirasi kepada ramai penerima anugerah termasuk Datuk Amy Search, Datuk Nora Arifin, Ella Aminuddin dan Anuar Zain.

Selain itu, BBEA  juga memandang serius amalan kemampanan perniagaan dan sosial dengan mengiktiraf segelintir inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada beberapa syarikat yang layak  melalui kategori anugerah khusus untuk ‘Kecemerlangan dalam CSR’.

“Tahun ini pemenang kategori CSR ialah Bank Rakyat, Nestle, Pelaburan MARA, Celcom, KPJ Healthcare dan RHB Foundation,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya