PETALING JAYA: Jualan kenderaan di Malaysia merosot kepada 61,002 unit pada Oktober 2022 berbanding 64,762 unit pada bulan sama tahun lalu. Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, jualan kenderaan penumpang turun kepada 54,498 unit pada Oktober 2022 daripada 58,147 unit pada Oktober 2021, manakala jualan kenderaan komersial susut kepada 6,504 unit daripada 6,615 unit. Bagi 10 bulan pertama tahun ini, jualan menunjukkan peningkatan kepada 577,902 unit berbanding 383,589 unit bagi tempoh sama tahun lalu. Katanya, jumlah kenderaan penumpang naik kepada 513,588 unit berbanding 341,028 unit pada tempoh sama 2021 dan kenderaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya