PETALING JAYA: Firefly, syarikat penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), menjalinkan kerjasama dengan Touch ‘n Go eWallet bagi menawarkan diskaun eksklusif 20 peratus untuk semua tambang asas bagi penerbangan Firefly terpilih. Pengguna Touch ‘n Go eWallet boleh menempah penerbangan dengan mudah melalui ikon Firefly pada Touch ‘n Go eWallet aplikasi mulai 23 hingga 29 November ini untuk penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang dan Seletar, Singapura pada 30 November 2022. Kedua-dua penerbangan menggunakan pesawat jenis ATR 72-500 turboprop, yang menggunakan campuran bahan api kira-kira 38 peratus bahan api penerbangan mampan (SAF)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya