PETALING JAYA: Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 5.9 peratus pada September 2022 kepada 35,460 tan metrik, daripada 37,666 tan metrik bulan sebelumnya. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli menurun 13.9 peratus kepada 41,180 tan metrik. Jelasnya, pengeluaran getah asli disumbangkan terutamanya oleh sektor pekebun kecil sebanyak 87.9 peratus dan sektor este 12.1 peratus. Katanya, jumlah stok getah asli pada bulan dilaporkan menurun 5.7 peratus kepada 198,659 tan metrik berbanding 210,768 tan metrik, Ogos lalu. “Kilang memproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 90.7 peratus,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya