PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Power Generation Sdn. Bhd. (TNB Genco) telah menerima surat hasrat (Letter of Intent/LoI) daripada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk pembangunan Loji Janakuasa Tarbin Gas Kitaran Gabungan (CCGT) 2,100 MW di Kapar, Selangor. Projek itu akan dijalankan dengan kerjasama Widad Business Group Sdn. Bhd. dan dijadualkan mencapai Tarikh Operasi Komersial menjelang 2031. Stesen janakuasa baharu itu akan menggunakan teknologi bersih untuk menyokong pelan Peralihan Tenaga TNB yang dipercepatkan didorong oleh aspirasi pelepasan sifar bersih Kumpulan menjelang 2050 dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya