CHINA: Syarikat pembuat kereta elektrik Amerika Syarikat (AS), Tesla Inc. memecahkan rekod jualan bulanannya di China selepas berjaya menjual 83,135 buah kenderaan buatan China borong pada September lalu.
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan Persatuan Kereta Penumpang China (CPCA), angka tersebut menandakan peningkatan lapan peratus daripada Ogos dan mengatasi pertumbuhan lebih daripada lima peratus bulan ke bulan semua jualan kenderaan elektrik borong di China.
Jelasnya, kejayaan tersebut menetapkan rekod baharu untuk kilang Tesla di Shanghai sejak permulaan pengeluaran pada Disember 2019 dan mendahului rekod jualan sebelumnya sebanyak 78,906 unit pada Jun ekoran pengeluar kereta AS itu terus melabur dalam pengeluaran China.
Menurut Refinitiv, Tesla pada minggu lalu berkata ia menghantar 343,830 unit kenderaan elektrik pada suku ketiga namun kurang daripada jangkaan purata penganalisis 359,162 unit.
Laporan Reuters pula mengatakan, Tesla mempercepatkan penghantaran China selepas menggantung pengeluarannya di kilang di Shanghai bagi memberi laluan naik taraf pada Julai lalu.
Katanya, ia menyasarkan untuk membawa keluaran mingguan kilang kepada sekitar 22,000 unit berbanding sekitar 17,000 unit pada Jun.
“Kilang yang mengeluarkan Model 3s dan Model Ys, telah dibuka semula pada 19 April selepas penutupan Covid-19, tetapi hanya menyambung semula pengeluaran penuh pada pertengahan Jun.
“Pengeluaran dipercepatkan walaupun gelombang haba dan sekatan Covid-19 yang melanda pembekalnya di wilayah barat daya negara,” katanya.
BYD China terus menerajui pasaran kenderaan elektrik domestik dengan 200,973 jualan borong pada September, melonjak hampir 15 peratus daripada Ogos.
CPCA berkata berkata harga minyak yang lebih tinggi dan subsidi kerajaan terus menggalakkan lebih ramai pengguna memilih kenderaan elektrik. – AGENSI