SINGAPURA: Rupiah Indonesia merudum dan mata wang asing dalam pasaran bonnya menuju ke pintu keluar, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa ekonomi terbesar Asia Tenggara itu akhirnya mula `retak’ selepas berbulan-bulan berdaya tahan terhadap tekanan global. Pasaran saham Indonesia berprestasi terbaik di Asia tahun ini dan rupiah jatuh hanya 3 peratus berbanding dolar dalam tempoh enam bulan hingga akhir Ogos lalu. Berbeza dengan won Korea Selatan dan baht Thailand yang jatuh lebih daripada 10 peratus. Bagaimanapun, September membawa perubahan lebih buruk apabila rupiah merosot 2.5 peratus, kejatuhan bulanan terbesar tahun ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya