WASHINGTON: Microsoft mengumumkan akan memberhentikan sebahagian pekerjanya berikutan jangkaan perolehan yang rendah didorong oleh hasil jualan lesen Windows untuk komputer yang lebih lemah. Menurut laporan portal Axios, pemberhentian tersebut melibatkan pelbagai bahagian, tidak fokus kepada mana-mana produk secara khusus. Syarikat pembuat perisian tersebut bagaimanapun tidak memberitahu jumlah pekerja yang akan diberhentikan, namun sumber memberitahu, jumlahnya adalah sekitar 1,000 pekerja. Tindakan tersebut adalah contoh syarikat teknologi besar yang terpaksa memberhentikan pekerja mereka atau membekukan pengambilan pekerja baharu untuk mengoptimumkan operasi dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil ketika ini. “Seperti semua syarikat,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya