PETALING JAYA: Lebih 20,000 pelajar mendapat manfaat meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi melalui pelbagai pembiayaan pendidikan Tenaga Nasional Berhad (TNB), berjumlah lebih RM1.7 bilion sepanjang 20 tahun lalu sejak penubuhan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) pada 1993. Pembiayaan itu dalam bentuk biasiswa dan dermasiswa melalui TNB Prime Scholarship, TNB Shine Sponsorship, Dermasiswa My Brighter Future (MyBF) dan terbaharu, Biasiswa Khas TNB untuk anak-anak Orang Asli. Pengerusi TNB, Datuk Seri Hasan Arifin menegaskan, TNB komited menyokong usaha kerajaan membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif, terutama membangunkan potensi generasi muda menerusi peluang pendidikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya