Johor jadi destinasi syarikat perubatan, farmaseutikal AS - Utusan Malaysia

Johor jadi destinasi syarikat perubatan, farmaseutikal AS

LEE TING HAN menyempurnakan Majlis Perasmian AME Elite Consortium Bhd's i-TechValley di SiLC Fasa 3, Kulai, di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Kerajaan negeri sedang mengadakan perbincangan dengan dua syarikat perubatan dan farmaseutikal berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang menunjuk minat untuk melabur di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, pihaknya menjangkakan dapat memuktamadkan pelaburan berkenaan pada awal tahun depan.

Menurutnya, pada masa ini sebuah syarikat berkaitan farmaseutikal dari AS telah pun membuat pelaburan untuk pembinaan sebuah fasiliti di i-TechValley di SiLC Fasa 3.

“Syarikat ini merupakan peneraju global dalam reka bentuk dan sokongan teknikal sistem salutan filem; teknologi keluaran yang diubah suai dan berfungsi untuk membentuk dos pepejal farmaseutikal dengan 11 kemudahan pembuatan dan 22 makmal perkhidmatan teknikal di seluruh dunia.

“Syarikat berkenaan telah mengesahkan tempahan tanah seluas 2.43 hektar di i-TechValley untuk membina kemudahan pertama mereka di rantau Asia Tenggara,” katanya pada Majlis Perasmian AME Elite Consortium Bhd’s i-TechValley di SILC Fasa 3 di Senai, di sini semalam.

Ting Han berkata, dua lagi syarikat multinasional akan menjadikan Gelang Patah sebagai destinasi pelaburan mereka pada masa depan.

Jelasnya, perkembangan ini akan menjadikan Johor khususnya di selatan negeri ini sebagai destinasi menarik untuk syarikat perubatan dan farmaseutikal kerana kewujudan rantaian bekalan yang baik.

“Dengan pelaburan penting ini dan lain-lain yang bakal hadir, ia akan memberikan manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada perkembangan ekonomi negeri secara amnya dan sektor perubatan secara khususnya.

“Ia juga selari dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Johor sebagai lokasi perindustrian dan kuasa besar ekonomi pada masa depan,” jelasnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya