Gardenia anjur Fun Walk sempena Hari Sukan Negara - Utusan Malaysia

Gardenia anjur Fun Walk sempena Hari Sukan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menganjurkan Gardenia Breakthru Fun Walk di Taman Rimba Kiara, dekat sini sempena Hari Sukan Negara 2022, kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Mohd. Azhari Mohammad berkata, acara seperti ini sejajar dengan misi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi menjadikan sukan dan aktiviti sihat sebagai sebuah budaya hidup yang boleh dijadikan rutin kehidupan kita.

“Sejak kita dibolehkan untuk mengadakan aktiviti sihat di luar, sokongan berterusan yang kami perolehi daripada rakyat Malaysia amat memberangsangkan. 

“Usaha dan semangat itulah yang mengeratkan semua rakyat Malaysia. Keluarga Malaysia telah bersatu untuk berusaha ke arah negara yang lebih sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian acara tersebut yang turut dihadiri duta jenama Gardenia Breakthru, Datuk Azizul Awang.

Selain daripada fun walk, acara dimeriahkan lagi dengan aktiviti senamrobik, Zumba, Jazzercise dan Tabata bagi mereka yang lebih gemar melakukan senaman tarian. 

Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries, Ena Suhaila Abas berkata, matlamat utama acara itu adalah untuk menggalakkan peserta bergerak aktif bagi mengekalkan gaya hidup sihat tanpa mengira apa jua jenis aktiviti.

“Gardenia menyeru rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama memulakan gaya hidup sihat yang melibatkan aktiviti fizikal.

“Memandangkan sambutan yang diperoleh untuk Gardenia Breakthru Funwalk tahun ini adalah di luar jangkaan, kami berharap dapat bekerjasama dengan KBS dalam merancang lebih banyak acara yang menarik untuk Hari Sukan Negara pada tahun-tahun akan datang. 

“Ia juga selaras dengan usaha Gardenia untuk membentuk masyarakat yang lebih sihat demi masa depan negara yang lebih baik,” ujarnya.

Fun walk sepanjang dua kilometer itu bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhit pada pukul 10 pagi selain peserta berpeluang membawa pulang Roti Gardenia Breakthru secara percuma di garisan penamat. 

Bukan itu sahaja, jersi Gardenia Breakthru Fun walk dan beg khas Gardenia Breakthru juga telah diberikan sebaik sahaja peserta mendaftar.

Keseronokan tidak berakhir di situ apabila sesi cabutan bertuah turut disertakan dalam agenda di mana peserta berpeluang memenangi hadiah menarik antaranya jam tangan Garmin Venu SQ, Air Fryer, sepasang tikar yoga dan sepuluh set beg saguhati eksklusif daripada Gardenia Breakthru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya