SETELAH sekian lama mengimpikan rumah yang selesa di lokasi yang istimewa, akhirnya impian pembeli rumah DK Impian di Subang Bestari bakal menjadi realiti.’
Projek perumahan DK Impian yang bermula pada 2018 kini telah memperolehi Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan bersedia untuk penyerahan pemilikan kosong (VP) dan kunci rumah kepada pembelinya.
Dimajukan DK-MY Properties Sdn. Bhd., iaitu pemaju hartanah tempatan terkemuka, projek itu telah memperolehi CCC dan VP pada September 2022 lalu.
Sempena dengan berita istimewa ini, pemaju DK Impian iaitu projek perumahan konsep SoHo dwikunci menjemput para pembeli ke Karnival Penghargaan Pembeli untuk pratonton projek yang telah siap ini sebelum melangkah masuk ke rumah idaman mereka.
Projek DK Impian mendapat sambutan yang menggalakkan semasa pelancarannya pada 2018 dengan pencapaian kadar jualan sebanyak 95 peratus.
Ini didorong oleh keyakinan terhadap jenama DK-MY Properties yang komited memberikan yang terbaik dari segi susun atur dan perancangan ruangan inovatif untuk memastikan reka bentuk dan pelan dilaksanakan dengan baik demi menghasilkan rumah yang ideal bagi memenuhi impian pembeli.
Pengarah Urusan DK-MY Properties, Danny Koek berkata, projek pembangunan ini menyediakan ruangan serba guna untuk disesuaikan dengan setiap keperluan hidup di bandar.
Katanya, reka letak ruang memenuhi keperluan privasi masing-masing dan fleksibiliti di bawah satu bumbung.
Dengan pelancaran projek ini, katanya, DK Impian telah mewujudkan persekitaran hidup yang sempurna untuk kehidupan bersama tanpa menjejaskan privasi.
“DK Impian adalah pembangunan yang menawarkan kediaman kompak mampu milik. Setiap ruang dapat dimanfaatkan dengan efisien bagi menyediakan kediaman yang selesa untuk didiami oleh pembeli.
“Kami berharap rumah ini akan menjadi tempat untuk mereka berehat sambil menikmati ketenangan setelah mengharungi kesibukan sepanjang hari.
“Dengan penyerahan kunci iaitu saat yang sangat dinanti-nantikan, kami berdoa semoga para pemilik rumah dapat memperoleh kebahagiaan sepanjang hayat di kediaman baharu mereka,” kata Danny.
Suite Urban
DK Impian adalah pembangunan 14 tingkat ini terdiri daripada 658 unit SOHO dengan ciri-ciri suite urban dwikunci dan pelbagai layout yang berbeza dibangunkan untuk memenuhi keperluan setiap pembeli.
Dengan unit yang berukuran antara 592 hingga 893 kaki persegi, pembeli rumah diberi tiga pilihan susun atur yang fleksibel: unit dwikunci, dua bilik tidur dan tiga bilik tidur.
Pembangunan ini direka khas untuk penduduk bandar yang mahukan penginapan sempurna untuk keluarga terutama yang baru membina kehidupan.
Di sini mereka akan dapat menikmati pengalaman hidup secara holistik dengan kemudahan kediaman NewGen termasuk ketersediaan kolam renang, jakuzi, dapur eko, taman permainan kanak-kanak, sistem rumah pintar dan banyak lagi.
Pemilik juga dapat menikmati pelbagai kemudahan di sekitar DK Impian.
Keluarga yang mempunyai anak pula tidak perlu bimbang akan kemudahan untuk anak-anak mereka kerana persekitaran DK Impian mempunyai pelbagai institusi pendidikan seperti HELP International School & University dan Japanese School of Kuala Lumpur di samping kemudahan perubatan juga berhampiran.
Lokasinya juga berhampiran kemudahan pengangkutan awam iaitu berdekatan laluan MRT di samping akses mudah ke Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).
Tambahan pula, destinasi riadah berdekatan seperti Citta Mall dan Sunway Giza Mall dapat membantu menghilangkan tekanan.
Inovasi
“DK-MY Properties sentiasa berusaha menambah baik dan menyediakan bakal pembeli rumah kami dengan ruangan kediaman yang luar biasa melalui gabungan reka bentuk yang bergaya dan moden.
“Pada masa yang sama, kami berhasrat dapat meningkatkan kehidupan mereka dengan menyediakan kemudahan melalui perkembangan inovasi kami,” kata Danny.
DK-MY Properties juga kini sedang merancang untuk melancarkan projek baharu seluas 28 ekar di Bukit Ketumbar, Cheras, yang bakal menyediakan unit besar dan selesa untuk menampung keluarga atau penginapan sendiri.
SSTwo Mall, yang terletak di Petaling Jaya juga akan memperlihatkan wajah baharunya pada tahun depan dan tersedia untuk disewa tidak lama lagi.
Satu lagi projek ikonik DK-MY Properties iaitu D’Immersione yang dijadual siap pada 2024 juga mendapat sambutan hangat dengan kadar jualan mencapai 80 peratus selepas beberapa bulan pelancarannya.
Untuk maklumat lanjut tentang DK-MY Properties dan perkembangannya, sila kunjungi https://dkproperties.com.my/ – UTUSAN