PETALING JAYA: Digi.Com Bhd. penyedia perkhidmatan telekomunikasi mudah alih mencatatkan penurunan keuntungan bersih kepada RM264.48 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2022, berbanding RM312.82 juta bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Digi.Com berkata, pendapatan syarikat jatuh kepada RM1.53 bilion pada suku yang sama berbanding RM1.58 bilion pada tahun sebelumnya. Katanya, bagi sembilan bulan pertama tahun ini, syarikat merekodkan untung bersih sebanyak RM720.67 juta, lebih rendah berbanding RM857.55 juta yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun sebelumnya. Bagi tempoh sama juga, Digi.Com mencatatkan hasil sebanyak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya