PETALING JAYA: Syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berteraskan pembuatan pakaian, Bidadari Syurga Trading (Bidadari Syurga) yakin pertumbuhan sektor terbabit di jangka terus pulih perlahan-lahan selari dengan peningkatan ekonomi pada tahun ini.
Justeru Pengasas syarikat, Datuk Nooraini Kamaruddin yakin dapat memenuhi keperluan pasaran termasuk sekurang-kurangnya 500 jubah untuk tahun ini.
“Syarikat yakin mampu mencapai jualan baik sekurang-kurangnya 500 jubah setiap bulan pada tahun ini berdasarkan unjuran positif yang ditunjukkan untuk sektor PKS.
“Sasaran tersebut realistik berdasarkan permintaan pasaran dan keperluan pada masa kini selain kualiti produk syarikat yang lebih baik dengan harga kompetitif. Kami memberi fokus kepada mereka yang berbadan besar dengan harga terbaik,” katanya.
Dalam pada itu, Nooraini berkata, syarikat tersebut juga turut menyasarkan jualan 500 helai khimar setiap bulan juga selepas melihat perkaembangan ini.
“Untuk Khimar pula kami menawarkan empat warna menarik serta kualiti yang dibuat daripada heavy chiffon yang tidak panas dan tidak jarang.
“Apa yang penting, selain harga yang kompetetif, kami juga turut menitikberatkan kualiti yang lebih baik,” jelasnya. – UTUSAN