PETALING JAYA: Syarikat pemaju perumahan, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) melancarkan platform hartanah metaverse pertama di Malaysia. Dianggap sebagai platform interaktif paling maju oleh pemaju hartanah negara, Matrix Concepts terus melonjakkan penglibatan inovasi dan teknologi digital dalam pendekatan pemasarannya. Ketua Pegawai Pemasarannya, Lim Kok Yee berkata, Matrix Metaverse adalah alam semesta realiti maya di mana peserta boleh berinteraksi secara dalam talian dan dalam masa nyata. Ujarnya, ciri unik platform itu adalah peserta boleh mencipta ‘avatar’ mereka sendiri dan berbual secara lisan dengan individu lain dalam metaverse menggunakan mikrofon peranti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya