MAB, UiTM jalin kerjasama perkasa industri penerbangan, pendidikan mampan - Utusan Malaysia

MAB, UiTM jalin kerjasama perkasa industri penerbangan, pendidikan mampan

ROZIAH Mohd. Janor bertukar dokumen bersama Izham Ismail dalam majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara MAB dan UiTM di UiTM, Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) jalin kerjasama melahirkan bakat masa hadapan dalam membina pasukan inovatif menerusi penerokaan pelbagai aspek termasuk penyelidikan dalam bidang penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Kapten Izham Ismail berkata, MAB bukan sahaja menawarkan perkhidmatan penerbangan, malah membantu mahasiswa dalam membina nilai tambah untuk bersedia menjadi pemain dalam industri penerbangan masa hadapan.

“Kami berharap kerjasama ini membantu mahasiswa meneroka aspek penyelidikan, pembangunan produk dan perkhidmatan dalam penerbangan Malaysia.

“Ia antaranya perkhidmatan makanan dan hiburan di dalam pesawat selain mempromosikan pengalaman pembelajaran secara amali dan penglibatan dalam projek MAB,” katanya selepas menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) bersama UiTM yang diwakili Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor, di sini semalam.

Beliau menambah, menerusi MoU tersebut, MAB dan Firefly turut memberi diskaun sebanyak 15 peratus tambang penerbangan kepada semua alumni UiTM yang berdaftar melalui Aplikasi Media Sosial MyAlumni bagi tempahan penerbangan destinasi domestik dan antarabangsa terpilih dari 8 September hingga 8 Oktober depan.

Dalam pada itu, Roziah memaklumkan matlamat MoU MAB bersama universiti terbesar itu bagi memperkasakan industri penerbangan dan pendidikan mampan di negara ini menerusi perkongsian ilmu, pembangunan projek, penyelidikan, penerbitan dan aktiviti pemasaran silang.

“Inisiatif ini turut melibatkan pertukaran institusi, kolumnis pakar atau penulisan editorial dan aktiviti promosi bersama dalam pelbagai cara.

“Selain itu, kakitangan MAB akan dapat memanfaatkan program pembangunan diri untuk melanjutkan pengajian atau penyelidikan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, peralihan dan perubahan persekitaran akademik dan industri bertujuan memastikan kesinambungan agenda nasional dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

“UiTM tidak pernah berkompromi dan berusaha memberikan yang terbaik dalam menyediakan pendidikan berkualiti,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya