Kos bahan binaan melonjak sehingga 22 peratus - Utusan Malaysia

Kos bahan binaan melonjak sehingga 22 peratus

INDEKS harga pasir meningkat 2.6 peratus. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) (tanpa bar keluli dan termasuk bar keluli) bagi semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Ogos 2022 meningkat antara 0.2 hingga 22 peratus berbanding tahun sebelumnya. 

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi laporan Indeks Kerja-Kerja Pembinaan dan Struktur Ogos 2020 berkata, indeks kos binaan di Semenanjung Malaysia meningkat antara 5.5 peratus dan 18 peratus, Saba antara 0.2 peratus dan 15.3 peratus manakala Sarawak antara 5.4 dan 22 peratus. 

“Perbandingan secara tahunan bagi tempoh Ogos 2021 dan Ogos 2022 menunjukkan peningkatan bagi IKB dengan bar keluli bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. 

“Kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah bangunan (konkrit bertetulang) lima tingkat dan lebih (untuk pejabat) di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. 

“Kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi di Sabah ialah cerucuk (konkrit bertetulang) di Sandakan dan kerangka besi satu tingkat bangunan di Miri,” katanya dalam kenyataan. 

Menurut DOSM, IKB tanpa bar keluli meningkat 5.5 peratus dan 12.4 peratus untuk semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia. 

Jelasnya, kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah bangunan (konkrit Bertetulang) 5 Tingkat dan Lebih (Untuk Pejabat).

Kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi di Sabah ialah kerangka besi satu tingkat (menara sahaja) di Sandakan.

Sementara itu, ujarnya, IKB tanpa bar keluli tertinggi di Sarawak adalah kerangka besi satu tingkat (bangunan) di Miri. 

DOSM berkata, indeks harga seunit bahan binaan meningkat antara 5.0 hingga 13.3 peratus pada Ogos 2022 berbanding setahun yang lalu.

Katanya, indeks harga bagi seunit bagi besi dan keratan keluli & logam pula masing-masing meningkat 12.9 peratus dan 11.4 peratus bagi tempoh itu.

“Perbandingan bulanan mengikut bahan binaan dan kawasan terpilih pula menunjukkan penurunan indeks harga seunit bagi besi untuk semua kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Penurunan indeks harga seunit bagi keratan keluli dan logam mencatatkan penurunan antara 0.2 hingga 3.4 peratus bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Namun begitu, terdapat bahan binaan lain di beberapa kawasan yang kekal tidak berubah antaranya adalah batu baur bagi hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia kecuali di Johor, konkrit sedia bancuh di semua kawasan di Sabah, pasir di Kuching dan Miri, Sarawak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya