PETALING JAYA: Johor Corporation (JCorp), cabang pelaburan negeri Johor, dan Sojitz Corporation menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan bersama selama tiga tahun mengenai penyahkarbonan dengan menggunakan bahan api hidrogen di negeri itu. Di bawah kerjasama strategik itu, JLand Group Sdn. Bhd. (JLG) dan Sojitz akan berganding bahu untuk menjayakan beberapa inisiatif penyahkarbonan dan mewujudkan rantaian bekalan lestari dalam bahan api hidrogen daripada pengimportan amonia. Kajian itu juga merupakan sebahagian daripada perancangan ke arah pembangunan terminal penerimaan amonia, pangkalan bekalan tangki simpanan, loji kuasa turbin gas amonia sebagai bahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya