HAMBURG/FRANKFURT: Volkswagen mengumumkan hasratnya untuk mengapungkan jenama kereta sport Porsche, sekali gus bakal menjadi antara penyenaraian terbesar dunia, di sebalik kegelisahan pasaran terhadap inflasi dan krisis tenaga Russia-Eropah. Pembuat kereta itu menyuarakan hasrat untuk membuat tawaran awam permulaan (IPO) jenama berkenaan pada akhir September atau awal Oktober sebelum dimuktamadkan menjelang akhir tahun. Penyenaraian di bursa Frankfurt itu diumumkan selepas lembaga penyeliaan Volkswagen (VW) memberi kebenaran lewat Isnin lalu, lapor Reuters. Pelabur menjangkakan penilaian antara €60 bilion (RM268.19 bilion) dan €85 bilion (RM357.58 bilion). Pada akhir anggaran, IPO Porche itu boleh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya