SINGAPURA: Harga minyak melonjak lebih AS$1 setong semalam, melanjutkan kenaikan apabila pelabur melihat kemungkinan langkah pengeluar Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) untuk mengubah suai pengeluaran dan harga sokongan pada mesyuarat pertubuhan itu. Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat AS$1.43, atau 1.5 peratus kepada AS$94.45 (RM422.33) setong selepas menokok 0.7 peratus pada Jumaat lalu. Minyak mentah AS West Texas Intermediate berada pada AS$88.12 (RM394.02) setong, naik AS$1.25 atau 1.4 peratus selepas naik 0.3 peratus pada sesi sebelumnya. Pasaran Amerika Syarikat (AS) ditutup untuk cuti umum pada Isnin, lapor Reuters.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya